Thursday, June 7, 2012

Adakah Kafein Dalam Kopi, Baik Atau Buruk?




Kopi mampu memberi kesan baik kepada yang meminumnya jika ia diambil dengan kadar dan cara yang betul.


AROMA YANG KUAT dan juga rasanya yang sedap menjadikan kopi kegemaran ramai. Enak diminum ketika panas, kopi disediakan dari biji benih yang digoreng dari pokok kopi. Namun kopi adalah satu daripada sumber utaman perangsang kafein dan kebaikan zat kopi juga sering dipertikaikan sama ada untuk menyembuhkan penyakit atau menjadi ancaman kepada kesihatan.

Kopi berasal dari benua Afika dan di tuai secara meluas di Negara tropika dalam lading untuk kegunaan dalaman dan di eksport ke Negara beriklim sederhana malah satu daripada tanaman utaman dunia dan bahan eksport utama bagi sesetengah Negara.

Buah kopi berbentuk bulat atau bujur. Antara jenis-jenis kopi tersebut ialah kopi Leberica paling besar dan tidak mudah gugur, jenis Arabica pula bersaiz sederhana tetapi mmudah gugur jika lewat dipetik manakala buah kopi Robusta pula bersaiz kecil dan mudah gugur. Kopi mengandungi kafein iaitu satu daripada 600 sebatian kimia yang terdapat dalam biji kopi.



Apa itu kafein
Kafein ialah sebatian kimia yang dijumpai secara semulajadi di dalam makanan seperti biji kopi, teh,biji koko,buah kola (Colanitida) dan guarana. Kafien terkenal dengan rasanya yang pahit dan bertindak sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat, jantung dan pernafasan. Malah kafein juga bersifat diuretic iaitu boleh di kumuhkan melalui pembuangan air kencing.


Kandungan kafein dalam minuman :

  • Secawan kopi mengandungi 100 hingga 150 miligram kafein.
  • Secawan espresso mengandugi 80 hingga 120 miligram kafein.
  • Secawan teh mengandungi 40 miligram kafein.
  • Satu bar coklat mengandungi 20 hingga 60 miligram kafein.
  • Satu botol minuman bergas mengandungi 40 hingga 60 miligram kafein atau separuh jumlah kafein dalam secawan kopi. 




Kesan sampingan kafein


Jangka pendek

Menurut Dr. J.Mursoch Ritchie dalam ‘The Pharmacological Basis of Therapeutics’ kafein mampu menambah keupayaan berfikir, mengatasi rasa mengantuk dan penat tambah Dr. Ritchie, kandungan kafein dalam secawan kopi mampu meningkatkan degupan jantung, melebarkan pembuluh darah untuk membantu aliran darah bagi menjadikan badan terasa lebih segar.

Manakala kesan negative kafein ialah apabila diserap tubuh secara berlebihan akan menjadikan seseorang itu menjadi cemas, gelisah, cepat marah dan insomnia. Manakala pengambilan kafein dalam jumlah yang banyak menjadikannya bersifat racun bagi tubuh. Kesan lain pula ialah muntah dan demam.


Jangka panjang

Pada tahun 1970-an, pernah dilakukan di Amerika Syarikat pada tikus yang minum 12 hingga 24 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan gangguan kehamilan. Namun kesan pada manusia tidak dapat di buktikan dengan jelas.



Kesan kafein pada kesihatan

Ulser – kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsang penghasilan asid dalam perut. Jika diambil dalam jumlah yang banyak, boleh mengakibatkan perut yang tidak selesa. Individu yang mengalami masalah ulser, dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi teruk.


Masalah Jantung – kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman kafein walau tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.


Ketagih – kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika seseorang ingin berhenti daripada minum minuman berkafein, mereka boleh mengalami simptom pengunduran ( withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simptom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk berkerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala.

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukan mudah namun cuba kurangkan pengambilannya setiap hari. Amalkan juga minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam menu harian.



Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsang penghasilan asid dalam perut


Kebaikan kopi

Kafein dalam kopi mempunyai khasiat tertentu jika diambil pada kadar yang betul antaranya:

  • Mengurangkan kanser usus besar sehingga 25% dibandingkan dengan individu yang tidak minum kopi.
  • Mengurangkan risiko sirosis hati sehingga 80%.
  • Mengurangkan risiko batu hempedu sehingga 45%.
  • Mengurangkan risiko penyakit Parkinson antara 50% hingga 80%.
  • Mengurangkan serangan asma sehingga 25%.




Penemuan terbaru mendapati ekstrak kopi mempunyai sifat antioksida semulajadi dan berupaya menjadi terapi bagi melindungi rambut daripada kerosakan akibat terdedah pada sinaran matahari.

Campuran kopi dalam syampu dikatakan boleh menjadikan rambut lebih lembut, hitam dan berkilat.



Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Thursday, May 31, 2012

Khasiat Biji Kopi Hijau Dengan Obesiti




Biji Kopi Hijau mudahkan pelangsingan


Berat badan tak juga turun sedangkan sudah berbulan lamanya anda menjalani program diet secara maksimum. JIka anda antara yang mengalami hal tersebut, cuba ambil sejenis biji kopi hijau.

 Melalui sebuah penyelidikan dari Universiti of Scranton, Pennsylvania, Amerika,  khasiat biji kopi hijau dikatakan efektif untuk kaedah penurunan berat badan tanpa memerlukan waktu yang lama. Penelitian tersebut melibatkan 16 orang responden berusia di antara 23 hingga 36 tahun dengan berat badan berlebihan (obesity). Kesemua responden dibahagi kepada dua kumpulan diminta mengambil kapsul selama 22 minggu. Kumpulan pertama diberi kapsul berisi ekstrak kopi hijau,manakalan kumpulan kedua pula diberi kapsul placebo ( kapsul kosong). Hasilnya, kumpulan yang mendapat kapsul berisi ekstrak kopi hijau mengalami penurunan berat badan lebih cepat, antara 7kg dalam tempoh tersebut.


Kajian yang diketuai oleh Joe Vinson mendapati bahawa sekumpulan orang yang mengalami kelebihan berat badan atau obesity mengalami penurunan berat badan sekitar 10 peratus penurunan lemak pada tubuh setelah mengamalkan pengambilan beberapa milligram serbuk kopi hijau dalam beberapa hari.

Berdasarkan penyelidikan tersebut, ambil kapsul ekstrak kopi hijau sekali sehari, diiringi makan makanan rendah lemak, diet sihat dan olahraga teratur menjadi cara murah yang selamat serta efektif untuk menurunkan berat badan, demikian fakta menurut Joe Vinson.






Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Khasiat Ikan Terhadap Kanser!!!



Makan ikan dapat hindari risiko kanser



Beruntunglah anda yang mempunyai kegemaran makan ikan kerana anda berkemungkinan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk terkena kanser usus besar, demikian menurut sebuah analisis dari 41 penyelidikan dari seluruh dunia. Analisis yang terbit di dalam American Journal of Medicine mengaitkan pengambilan ikan dengan manfaat kesihatan.


Hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa pengambilan ikan mempunyai hubung kait dengan kanser kolorektal. Secara keseluruhan, makan ikan secara rutin menyebabkan penurunan risiko 12 peratus kematian disebabkan kanser usus besar atau rectum.


Selain itu mereka yang gemar makan ikan mungkin akan mendapat manfaat lebih kerana boleh terhindar dari penyakit jantung dan reproduksi. Jika benar ikan biasa boleh memberikan manfaat besar tersebut, ia mungkin berasal dari kandungan Omega-3 yang didapati pada ikan ini masih belum jelas terbukti sama ada kapsul minyak ikan juga memiliki manfaat yang sama.






Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Wanita cenderung alami jangkitan saluran urinari




Saluran urinary atau saluran kencing adalah sistem yang menghasilkan air kecing dan mengeluarkannya daripada tubuh. Ia termasuklan pundi, buah pinggang, dan saluran yang menghubungkannya.


Namun apabila kuman masuk ke dalam sistem ini, ia boleh menyebabkan jangkitan. Terdapat pelbagai nama berbeza bergantung kepada bahagian saluran urinary jangkitan itu berlaku.

Pundi
Jangkitan pada pundi juga dikenali sebagai cystitis atau jangkitan pundi.

Buah pinggang
Jangkitan pada satu atau kedua-dua buah pinggang dikenali sebagai pyelonephritis atau jangkitan buah pinggang.

Ureter
Saluran yang membawa air kencing daripada setiapp buah pinggang kepada pundi adalah kawasan yang jarang mendapat jangkitan.

Urethra
Jangkitan pada saluran yang mengosongkan air kencing daripada pundi keluar dikenali sebagai urethritis. Kebanyakan jangkitan saluran urinary adalah jangkitan pundi. Ia biasanya tidak serius jika ia dirawat secepat mungkin. Jika anda tidak mengambil berat tentang jangkitan ini, ia boleh merebak ke buah pinggang. Jangkitan buah pinggang adalah serius dan boleh menyebabkan kerosakan kekal.


Penyebab jangkitan
Biasanya, kuman akan memasuki sistem melalui urethra, saluran yang membawa air kencing daripada pundi ke luar tubuh. Ia menyebabkan jangkitan ini hidup di luar usus dan ditemui dalam najis. Jika kuman ini dapat masuk ke dalam urethra, ia boleh bergerak sehingga ke dalam pundi dan buah pinggang dan menyebabkan jangkitan.

Wanita cenderung untuk mengalami jangkitan pundi dibandingkan dengan lelaki. Keadaan ini mungkin disebabkan wanita memiliki urethra pendek. Oleh itu kuman lebih mudah untuk memasuki pundi. Melakukan hubungan seksual boleh memudahkan kuman untuk memasuki urethra.

Jangkitan juga boleh terjadi jika tidak minum air secukupnya, sekiranya anda menghidap diabetis, atau hamil. Peluang untuk mendapat jangkitan pundi adalah tinggi jika anda memiliki sebarang masalah untuk menghalang aliran air kencing daripada pundi.


Golongan berisiko
Air kencing terjadi daripada ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Ini akan mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethra stricture). Tidak kurang juga yang selali menahan kencing dan yang kurang minum air.


Gejala-gejala

  • Rasa sakit atau panas terbakar apabila kencing.
  • Rasa untuk kencing dengan kerap, tetapi air kencing tidak mahu keluar.
  • Perut rasa sakit apabila disentuh atau berat.
  • Kencing berbau busuk atau pekat.
  • Sakit pada salah satu bahagian belakang di bawah rusuk. Di sini terletaknya buah pinggang anda.
  • Demam dan rasa sejuk.
  • Loya dan muntah-muntah.




Rawatan

Biasanya antibiotic yang diberikan oleh doktor mampu menyembuhkan jangkitan pundi. Adalah amat membantu jika anda meminum banyak air dan cecair lain agar dapat kerap kencing sekali gus mengosongkan pundi.

Jika doktor member antibiotic, ambil seperti yang disarankan. Jangan berhenti mengambilnya hanya kerana anda sudah rasa baik. Anda perlu menghabiskannya agar tidak mengalami jangkitan berulang.



Pencegahan

  1. Minum air dengan banyak setiap hari.
  2. Kerap kencing. Jangan cuba untuk menahannya.
  3. Jika anda seorang wanita, kencinglaj selepas melakukan hubungan seksual.
  4. Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda.
  5. Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas anda kencing.
  6. Tukar tampon dan tuala wanita dengan kerap semasa datang haid.
  7. Jangan gunakan seluar dalam jenis nilon.
  8. Jangan gunakan semburan kebersihan wanita atau ‘douche’ kerana produk ini boleh merengsakan urethra. 






Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Thursday, March 15, 2012

5 Makanan Baik Untuk Kesihatan Lelaki!




Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengenyangkan dan yang penting murah. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan kita, sama ada kita semakin sihat atau kesihatan kita makin terganggu dengan gaya pemakanan kita. Berikut merupakan makanan makanan yang baik untuk kesihatan kaum lelaki.
1. Tomato @ Sos tomato


 
Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat.   kanser   prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi   kanser   prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.
2. Tiram


 
2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.
3. Brokoli


 
Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap   kanser   pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak  2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang  lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli  pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan   kanser   pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.
4. Peanut butter


 
Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.
5. Tembikai


 
Didapati lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.
Mencegah lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan ambil makanan yang betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang.


Monday, March 12, 2012

Kenali Penyakit Kanser Prostat




1) Epidemiologi:kanser  jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki. Di Amerika Syarikat orang keturunan Afrika menghidap 25% dari seluruh barah prostat di sana. Di Asia manakala hanya di antara 3-5%. Penduduk di California dijangkit  kanser  ini 100 kali lebih banyak dari penduduk Cina di Shanghai. Oleh sebab itu ada unsur-unsur genetik dan suasana kemastautinan yang perlu di selidik. Kes-kes   kanser   ini sedang menurun, 180 000 kes dalam setahun, tetapi tahapnya dua kali ganda 10 tahun yang lepas. Terdapat 40 000 kematian setahun.   kanser   prostat mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak, oleh sebab itu   kanser   ini digelar penyakit orang tua. Isipadu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.
2) Ketumbuhan  kanser   prostat : kanser   ini memrebak dari kelanjar; dari beberapa punca didalam kelenjar, ianya bermula didalam lapisan lemak prostat. Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. 90% dari sel   kanser   ini merebak ke tulang.
3) Simptom:
- Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam. Kencing tak puas, darah atau
sperma dalam air kencing adalah sebahagian dari simptomnya.
- Kalau terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan  
 kanser   telah melarat.
4) Diagnosa:
- Pemeriksaan rektum dengan menggunakan jari oleh doktor pakar ;
- Petanda tumor iaitu PSA, had maksima yang boleh dicapai ialah 4.0ng/ml. Kalau dari lingkungan 4.0 ke
10 ng/ml, bengkak prostat biasa boleh disyaki. Tetapi untuk membezakan  
 kanser   prostat dari bengkak prostat
biasa, menghitung FPSA( Free PSA) dan nisbah FPSA/PSA boleh menolong, untuk kajian yang normal nisbah ini
mesti lebih tinggi dari 0.25. Kalau nisbah ini rendah kebarangkalian risiko 
kanser  tinggi.
- Menggunakan kaedah skan melalui dubur dan cebisan biopsi untuk mengenalpasti kedudukan dan saiz tumor.
Oleh kerana mengambil biopsi ada risikonya, ianya boleh dielakkan dengan mengambil hitungan FPSA.
5) Rawatan:
Ianya bergantung kepada tahap tumor, adakahnya dah melarat dan membesar. Dalam kes-kes yang biasa ulangan dengan pakar dah memadai, tetapi memerlukan rawatan perubataan seperti terapi hormon.
- Pembedahan : mengeluarkan keseluruhan atau sebahagian prostat;
- Pancaran radiasi : Perkembangan yang pesat dalam mesin dan cara-cara perubatan;
- Hormon terapi: Khasnya digunakan untuk mengurangkan tahap hormon testosteron, boleh mengakibatkan
impotensi dan badan rasa panas ;
- Kemoterapi jarang digunakan.
6) Rawatan susulan:
- Pemeriksaan klinikal;
- ultrasound;
- Skan dan kajian PSA dan FPSA. Selepas pembedahan prostat, tahap PSA akan turun ke kosong. Jikalau ada
peningkatan tahap PSA ini menunjukan kewujudan kembali  
 kanser   prostat.
7) Pencegahan:
Ini di atas keperihatinan diri sendiri dan bermakna berjumpa doktor untuk pemeriksaan prostat melalui rektum dan kajian darah untuk PSA/FPSA.
AWAS : Jikalau anda sedang mengambil apa-apa rawatan anti-penuaan yang mengandungi “DHEA”, anda MESTI PASTIKAN anda tidak dijangkit   kanser  prostat. “DHEA mesti dimakan atas nasihat doktor, di mana doktor akan membuat kajian darah untuk steroid, lemak, glukos dan memeriksa kesihatan prostat.” kata Dr. John Nestle, MD, profesor endokrin dan metabolisma di Universiti Virginia Commonwealth. Dialah orang yang membuat kajian mengenai kesan DHEA ke atas penyakit kencing manis dan pembekuan darah.

Sumber petikan daripada : http://sakitnya.wordpress.com/2009/10/17/kanser-prostat/

Cara Mengelak daripada Kanser!!



  1. Amalkan minum air rendaman teh (hijau atau hitam tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan, ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
  2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakkan sel.
  3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang mungkin boleh menolong melindungi daripada  kanser   payudara dan prostat.
  4. Makan sayur brokoli, kobis dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengadungi bahan melawan  kanser  juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
  5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan  kanser  .
  6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus yang mengandungi bahan-bahan merangsang sel-sel kebal membunuh  kanser  , mengandungi vitamin C yang banyak.
  7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah, kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluar enzim oleh badan yang digunakan oleh sel  kanser  .
  8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh mengurangkan resiko beberapa jenis  kanser  .
  9. Dapatkan Omega-3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan  kanser  payudara , prostat dan pankreas.
  10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan resiko  kanser  payudara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
Sepuluh cara mengelak  kanser   semuanya melalui makanan mengelakkan  kanser  . Semoga dapatlah kita sama-sama amalkan di dalam kehidupan harian kita. 10 petua mengelak barah di atas sebagai langkah pencegahan sahaja, namun sekiranya anda sudah menghadapi  kanser  , maka kena cari cara rawatan  kanser  yang sesuai.