Wednesday, February 29, 2012

Vitamin B17 Adalah Rawatan Alternatif Terbaik!!







Vitamin B17 adalah rawatan alternatif terbaik !

Vit B17 adalah penyelesaian kepada kanser !

Vitamin B17 juga dikenali sebagai Amygdalin atau Laetrile, dijumpai dalam biji benih Aprikot mentah terpilih dan banyak biji benih buah-buahan mentah yang lain dan, diketahui telah membantu berjuta pesakit kanser di seluruh dunia!

Ya, Vitamin B17 digunakan untuk mengubati kanser
 ! 




Vitamin B17 adalah sebahagian besar dari Rawatan Alternatif Semulajadi untuk Penyembuhan juga Pencegahan Kanser!

Vitamin B17 adalah subjek kontroversi besar lebih 50 tahun yang lalu apabila beberapa saintis terbaik dunia mendakwa bahawa apabila dimakan, komponen benih menjadikan ia 100% mustahil untuk sel kanser membiak dan juga akan membunuh  kanser  yang sedia ada dalam kebanyakan kes.
Syarikat-syarikat farmaseutikal menerkam pada tuntutan ini mengenai Vitamin B17 dengan serta-merta dan menuntut bahawa menjalankan kajian FDA mengenai Vitamin B17. Hasil kajian ini Vitamin B17 adalah dijumpai dalam buku yang dikenali sebagai Dunia Tanpa  kanser  : Story of Vitamin B17 oleh G. Edward Griffin atau anda mungkin boleh mendapatkan salinan dari perpustakaan.

Biji aprikot yang didakwa sebagai ubat untuk semua jenis kanser lebih 50 tahun yang lalu disorok keberkesanannya kerana kepentingan politik dan dunia farmaseutikal. 

Menurut Dr Krebbs bahawa apabila seseorang memakan 7 biji benih Aprikot setiap hari mereka tidak boleh menghidap  kanser   , kes yang sama seperti seseorang tidak boleh mendapatkan skurvi jika mereka makan oren setiap hari, atau pellagra jika mereka mempunyai beberapa vitamin B setiap hari. Amalan yang baik untuk semua peringkat umur juga pelbagai penyakit lain.

Perubahan ketika Kencing



Fakta yang perlu anda tahu apabila belakunya perubahan ketika kencing




  • Gejala-gejala urinari temasuklah kerap kencing,jumlah air kencing yang kurang,dan pengaliran air kencing yang pelahan.
  • Gejala-gejala ini boleh disebabkan oleh jangkitan urinari (biasanya pada wanita) atau bagi lelaki,akibat kelenjar prostat yang membesar.
  • Jika kanser disyaki, biopsi pada prostat amat diperlukan.
  • kanser  pada pundi dan tumor pelvik juga boleh menyebabkan irritasi pada pundi dan kekerapan kencing.


Tuesday, February 28, 2012

Tahukah Anda Tangisan Adalah Satu Terapi Perubatan?






MENANGIS PELAJARAN TERPENTING DALAM ISLAM

Menangis merupakan salah satu pelajaran terpenting dalam Islam. Maka bagi setiap diri yang bergelar hamba, wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu untuk menangis. Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk menangis, atau bermulalah dengan berpura-pura menangis.
Para Nabi dan Rasul serta para sahabat di zaman mereka sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka.
Banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang mengalirkan air mata. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang hilang harta, ada yang terluka, ada yang kehilangan nyawa, ada yang terharu dan sebagainya. Namun, telah diriwayatkan dalam hadis: ”Barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah sehingga berlinangan air matanya dan air matanya membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat.”
MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN

1.  Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan.
Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.
2.  Meningkatkan kadar degupan jantung.
Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.
3.  Menghalang penyakit.
Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.
4.  Membebaskan racun dari badan.
Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.”
Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.
5.  Air mata mengandungi 25% protein.
Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.
PENUTUP

Itulah sedikit sebanyak fungsi menangis. Ia bukan sahaja satu proses yang berlaku secara semulajadi, malahan juga bertindak sebagai terapi perubatan.
Telah bersabda Rasulullah SAW: “Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”
Sumber petikan daripada: http://psipum.org/tangisan-satu-terapi-perubatan/

Permakanan Tidak Berkhasiat Yang Selalu Kita Ambil




Pernah tak kita terfikir makanan yang selama ni kita makan, ada keburukannya, tambah tambah lagi seorang pelajar. Yang duduk di asrama memang tak ada kesempatan nak masak  harap kan makanan dekat kafe atau dewan selera je. Kalau duit pinjaman atau duit belanja yang mak ayah bagi  tak mencukupi terpaksa ikat perut. Jalan terbaik untuk berjimat ialah makanan segera yang memang mudah di masak dan yang paling penting murah.
Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
Sardin


Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah  ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis  kanser  benign  yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab  kanser  ). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau  kanser  sama ada benign atau malignan.
  
Minuman 3 in 1


Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 %  kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer

 Panadol

.

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan la 4jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti, biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/03/pemakanan-tidak-berkhasiat-yang-selalu-kita-ambil/

Thursday, February 23, 2012

Kopi Merendahkan Risiko Kanser Kelenjar Prostat







Kajian baru menunjukkan lelaki yang minum kopi dengan kerap mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat kanser kelenjar prostat.

“Setelah melihat semua data pada pesakit   kanser  prostat. Lelaki yang minum kopi paling kerap mempunyai peluang 20% lebih rendah daripada lelaki yang tidak kerap minum kopi setelah tindakan susulan dilakukan” kata pengkaji Lorelei Mucci, ScD, MPH profesor madya dalam bidang epidemiologi di Harvard School of Public Health.
20% kurang risiko adalah di kalangan lelaki yang minum kopi sebanyak 6 cawan sehari berbanding lelaki yang tidak minum kopi dalam sehari.
Kopi menjadi pelindung ketara kepada   kanser  prostat yang boleh membawa kepada kematian. Di kalangan lelaki yang meminum kopi 3 cawan sehari risiko   kanser  prostat yang membunuh berkurang 29% dibandingkan dengan bukan peminum kopi. Dan lelaki yang minum 6 cawan atau lebih sehari, peratus risiko untuk mendapat   kanser  prostat berkurang sebanyak 60%.
Dan apa yang mengejutkan, bahan kafein di dalam kopi bukanlah yang menyebabkan risiko   kanser  prostat itu menurun.
Kajian ini diterbitkan secara online di Journal of the National Cancer Institute.
Kajian lain juga menunjukkan kopi bukan sahaja mengurangkan risiko   kanser  prostat, tetapi juga penyakit diabetes jenis 2, parkinson, batu hempedu dan juga   kanser  hati.
Profesor Madya Muci dan rakan-rakannya melakukan kajian susulan terhadap 47,911 menyertai kajian ini.
Dari tahun 1986 hingga tahun 2006, seramai 5,035 lelaki telah didiagnos mempunyai penyakit    kanser  prostat. Ini termasuk seramai 642 orang lelaki yang telah didiagnos mempunyai penyakit   kanser  prostat tahap akhir.
Mereka melihat terdapat perkaitan antara kopi dan juga   kanser  prostat. Mereka juga melibatkan faktor risiko lain seperti obesiti dan juga merokok.
“Kami masih lagi tidak pasti apakah mekanisma yang melibatkan kopi dan juga   kanser  prostate” kata profesor Madya Mucci pada WebMd.
Ia mungkin disebabkan terdapat bahan yang mengawal rembesan hormon insulin, hormon yang bertanggungjawab mengawal kandungan gula di dalam darah. Kadar insulin yang tinggi dalam darah antara kajian awal punca penyebab kepada   kanser  prostat.
Walaubagaimanapun pendapat ini masih terlalu awal untuk  untuk memberitahu mereka yang kopi ini boleh merendahkan risiko   kanser  prostat.
Kajian demi kajian harus dilakukan untuk melihat kelebihan kopi ini terhadap manusia. Sekiranya kita dahulu mengatakan kopi ini banyak keburukan. Kemungkinan kajian ini memberi sedikit impak yang berbeza terhadap pandangan tersebut.

Sumber petikan daripada : http://psipum.org/kopi-merendahkan-risiko-kanser-kalenjar-prostat/

Wednesday, February 15, 2012

Menu Sihat - Khasiat Buah Nanas


Khasiat Buah Nanas







Nanas atau nama saintifiknya Ananas Comosus, ia adalah sejenis tumbuhan tropikal. Ianya adalah tumbuhan asli yang berasal daripada Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Nanas merupakan tumbuhan kumpulan bromeliad ( Famili Bromeliaceae). Tumbuhan ini juga boleh dikatakan rendah  herba ( herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal.
Buahnya ini dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Bagi orang yang berasal dari Tupi pula, buah ini dipanggil anana, yang bermaksud “buah yang baik”
Buah nanas ini mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan juga Bromelain. Ianya juga mengandungi asid sitrik ynag berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.


 Buah nanas ini boleh dimakan mentah atau pn dibuat jus minuman untuk memcuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hari dan juga demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Tapi bagaimanapun buah nanas ini tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.
Buah nanas ini juga dipercayai mampu merawat penyakit kanser. Bua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan kanser. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak kanser. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel kanser. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A,B, dan  C yang tinggi.
Pokok dan juga buah nanas ini boleh dijadikan sumber komersial asid organic seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperolehi daripada daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.
Manakala jus nanas ini pula bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalh kekeringan di bahagia bibir dan di bahagian muka. Jika amalkan minum jus nanas, ianya berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Sellain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.


Antara Manfaat nanas adalah :

   1.    Membantu  menurunkan  berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

   2.    Menyihatkan mata.
Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

   3.    Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit.
Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

   4.    Memelihara masalah buang air besar.
Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

   5.    Mengandungi enzim.
Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.




Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Monday, February 13, 2012

Makan Yogurt Mampu Atasi Tekanan (Stres) dan Khasiat Lain Yogurt





BERDASARKAN laporan ilmiah yang diterbitkan oleh Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau yogurt dikatakan mampu mengubati depresi.
Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.
Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.
“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.
Namun begitu, dia menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran.
EKSTRA: Amalan meminum air daun mangga yang telah direndam semalaman di dalam secawan air sangat membantu meringankan gejala diabetes.-Sumber KOSMO-
Pada kebiasaan yang kita dengar, makan coklat juga mampu untuk mengatasi masalah stres. Namun mungkin boleh menjadikan anda lebih cepat gemuk jika makan secara berlebihan.
Mungkin lepas ini boleh cuba untuk beralih kepada Yogurt.

Kebaikan Yogurt Kepada Kesihatan

1. Mampu Meningkatkan Kadar Imun Badan
2. Bagus Untuk Wanita Lepas Bersalin Kerana Ia Makanan Berserat Tinggi
3. Membantu Dalam Proses Pencernaan
4. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
5. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
6. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
7. Mampu Mengurangkan Berat Badan
Fakta : Kandungan kolestrol yang tinggi tidak semestinya hanya kepada individu yang mengalami masalah lebihan berat badan (Obesiti) tetapi orang kurus juga boleh mengalami masalah yang sama.

 Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/09/makan-yogurt-mampu-atasi-tekanan-stres-dan-khasiat-lain-yogurt/






Thursday, February 2, 2012

Faktor tubuh berasid

Sel Cancer akan merebak dengan cepat jika tubuh berasid 6.6 ph hingga 5.5 ph 

Faktor tubuh berasid

1· Pemakanan jika diambil berlebihan dalam jangka waktu yang lama

a· Jenis makanan tinggi protein terutamanya protein haiwan contohnya daging lembu dan ayam. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang.
b· Minuman bergas dan jus buah-buahan terutamanya yang telah diproses dan mengandungi bahan pengawet dan juga pewarna.
c· Makanan yang telah diperap seperti jeruk, ikan kering dan juga makanan ringan yang terlalu tinggi kandungan MSGnya.

2. Faktor emosi, mental dan spirit yang negatif. Kajian menunjukkan cara berfikir, sikap dan emosi yang negatif akan meningkatkan tahap keasidan dalam darah.




Wednesday, February 1, 2012

Apa Itu Biji Apricot Seeds





APA ITU BIJI APRIKOT?













Huraian:
Biji Aprikot merupakan kumpulan kekacang dan bijirin (nut dan seed).  Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain.  Apa yang membezakanya adalah kandungan khasiat di dalamnya yang sangat luar biasa, terutamanya ‘Aprikot Organik’.  Dalam bahasa nutrien,  Biji Aprikot   ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai Vitamin B17.  B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (  kanser  ) yang merupakan pembunuh senyap.

Berdasarkan buku “World Without Cancer”, tulisan G.Edward Griffin,  Biji Aprikot   mentah mengandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi berbanding biji-biji buah yang lain.  Biji Aprikot amat berkhasiat dan ia menjadi makanan kaum Hunza untuk bebas dari   kanser  , sihat dan lanjut usia sehingga lebih 120 tahun.   Biji Aprikot  paling berkhasiat adalah dalam bentuk mentah, tidak dimasak, tidak dipanggang dan tidak dibekukan.  Antara nutrein yang banyak terdapat pada  Biji Aprikot   ialah enzim Amygdalin atau Laetrile atau juga disebut Vitamin B17.  Tugas B17 ini hanyalah memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui perkumuhan.  B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakanan kita hari ini telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit, tetapi berkesan mencegah   kanser  .

Amigdalin ( Vitamin B17 ) juga boleh diperolehi di dalam beratus-ratus jenis tumbuhan.  Dalam diet pemakanan kita harus ada B17.  Jika tiada B17 dalam diet pemakanan kita, kita boleh dihidapi penyakit   kanser  .  Selain dari  Biji Aprikot    Vitamin B17  juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi B17), epal pips, benih-benih anggur, sengkuang, buah beri, ubi kayu, keledek, betik, kacang hijau, biji buah oren dan biji benih yang lain.  Juga terdapat di dalam sesetengah rumput seperti gandum dan tunas.

Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi, sejak dahulu lagi Amigdalin (B17) merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik.  Walau bagaimanapun dalam sebatian B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan “cyanide“, ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk normal tisu hidup.

Vitamin B17 dari  Biji Aprikot   akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel   kanser  secara langsung.  Cyanide akan dibebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam B17.  Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel   kanser  .  Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim ini. Maka sebab itulah B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat.  B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel   kanser  , tumor, jerawat ataupun buasir.