Thursday, March 15, 2012

5 Makanan Baik Untuk Kesihatan Lelaki!




Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengenyangkan dan yang penting murah. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan kita, sama ada kita semakin sihat atau kesihatan kita makin terganggu dengan gaya pemakanan kita. Berikut merupakan makanan makanan yang baik untuk kesihatan kaum lelaki.
1. Tomato @ Sos tomato


 
Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat.   kanser   prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi   kanser   prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.
2. Tiram


 
2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.
3. Brokoli


 
Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap   kanser   pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak  2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang  lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli  pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan   kanser   pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.
4. Peanut butter


 
Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.
5. Tembikai


 
Didapati lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.
Mencegah lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan ambil makanan yang betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang.


Monday, March 12, 2012

Kenali Penyakit Kanser Prostat




1) Epidemiologi:kanser  jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki. Di Amerika Syarikat orang keturunan Afrika menghidap 25% dari seluruh barah prostat di sana. Di Asia manakala hanya di antara 3-5%. Penduduk di California dijangkit  kanser  ini 100 kali lebih banyak dari penduduk Cina di Shanghai. Oleh sebab itu ada unsur-unsur genetik dan suasana kemastautinan yang perlu di selidik. Kes-kes   kanser   ini sedang menurun, 180 000 kes dalam setahun, tetapi tahapnya dua kali ganda 10 tahun yang lepas. Terdapat 40 000 kematian setahun.   kanser   prostat mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak, oleh sebab itu   kanser   ini digelar penyakit orang tua. Isipadu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.
2) Ketumbuhan  kanser   prostat : kanser   ini memrebak dari kelanjar; dari beberapa punca didalam kelenjar, ianya bermula didalam lapisan lemak prostat. Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. 90% dari sel   kanser   ini merebak ke tulang.
3) Simptom:
- Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam. Kencing tak puas, darah atau
sperma dalam air kencing adalah sebahagian dari simptomnya.
- Kalau terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan  
 kanser   telah melarat.
4) Diagnosa:
- Pemeriksaan rektum dengan menggunakan jari oleh doktor pakar ;
- Petanda tumor iaitu PSA, had maksima yang boleh dicapai ialah 4.0ng/ml. Kalau dari lingkungan 4.0 ke
10 ng/ml, bengkak prostat biasa boleh disyaki. Tetapi untuk membezakan  
 kanser   prostat dari bengkak prostat
biasa, menghitung FPSA( Free PSA) dan nisbah FPSA/PSA boleh menolong, untuk kajian yang normal nisbah ini
mesti lebih tinggi dari 0.25. Kalau nisbah ini rendah kebarangkalian risiko 
kanser  tinggi.
- Menggunakan kaedah skan melalui dubur dan cebisan biopsi untuk mengenalpasti kedudukan dan saiz tumor.
Oleh kerana mengambil biopsi ada risikonya, ianya boleh dielakkan dengan mengambil hitungan FPSA.
5) Rawatan:
Ianya bergantung kepada tahap tumor, adakahnya dah melarat dan membesar. Dalam kes-kes yang biasa ulangan dengan pakar dah memadai, tetapi memerlukan rawatan perubataan seperti terapi hormon.
- Pembedahan : mengeluarkan keseluruhan atau sebahagian prostat;
- Pancaran radiasi : Perkembangan yang pesat dalam mesin dan cara-cara perubatan;
- Hormon terapi: Khasnya digunakan untuk mengurangkan tahap hormon testosteron, boleh mengakibatkan
impotensi dan badan rasa panas ;
- Kemoterapi jarang digunakan.
6) Rawatan susulan:
- Pemeriksaan klinikal;
- ultrasound;
- Skan dan kajian PSA dan FPSA. Selepas pembedahan prostat, tahap PSA akan turun ke kosong. Jikalau ada
peningkatan tahap PSA ini menunjukan kewujudan kembali  
 kanser   prostat.
7) Pencegahan:
Ini di atas keperihatinan diri sendiri dan bermakna berjumpa doktor untuk pemeriksaan prostat melalui rektum dan kajian darah untuk PSA/FPSA.
AWAS : Jikalau anda sedang mengambil apa-apa rawatan anti-penuaan yang mengandungi “DHEA”, anda MESTI PASTIKAN anda tidak dijangkit   kanser  prostat. “DHEA mesti dimakan atas nasihat doktor, di mana doktor akan membuat kajian darah untuk steroid, lemak, glukos dan memeriksa kesihatan prostat.” kata Dr. John Nestle, MD, profesor endokrin dan metabolisma di Universiti Virginia Commonwealth. Dialah orang yang membuat kajian mengenai kesan DHEA ke atas penyakit kencing manis dan pembekuan darah.

Sumber petikan daripada : http://sakitnya.wordpress.com/2009/10/17/kanser-prostat/

Cara Mengelak daripada Kanser!!



  1. Amalkan minum air rendaman teh (hijau atau hitam tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan, ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
  2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakkan sel.
  3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang mungkin boleh menolong melindungi daripada  kanser   payudara dan prostat.
  4. Makan sayur brokoli, kobis dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengadungi bahan melawan  kanser  juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
  5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan  kanser  .
  6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus yang mengandungi bahan-bahan merangsang sel-sel kebal membunuh  kanser  , mengandungi vitamin C yang banyak.
  7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah, kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluar enzim oleh badan yang digunakan oleh sel  kanser  .
  8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh mengurangkan resiko beberapa jenis  kanser  .
  9. Dapatkan Omega-3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan  kanser  payudara , prostat dan pankreas.
  10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan resiko  kanser  payudara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
Sepuluh cara mengelak  kanser   semuanya melalui makanan mengelakkan  kanser  . Semoga dapatlah kita sama-sama amalkan di dalam kehidupan harian kita. 10 petua mengelak barah di atas sebagai langkah pencegahan sahaja, namun sekiranya anda sudah menghadapi  kanser  , maka kena cari cara rawatan  kanser  yang sesuai.

Friday, March 2, 2012

Kapsul B17 Apricot Seeds






Vitamin B17 dalam bentuk Kapsul apricot Seeds adalah salah satu kanser rawatan alternatif kanser yang paling popular dan paling dikenali terutama di Eropah , America dan kini kebaikan B17 telah meluas di negara-negara Asia.

Ia sangat mudah untuk digunakan dan sangat berkesan jika digunakan dalam dos yang cukup tinggi dan jika produk berkualiti tinggi dan jika ia digabungkan dengan pemakanan kanser yang berkesan dan makanan tambahan utama (dalam erti kata lain, anda perlu melakukan kerja rumah anda untuk memaksimumkan faedahnya).



Vitamin B17 berfungsi dengan mensasarkan dan membunuh sel-sel kanser dan membina sistem imun untuk menangkis wabak apa bila berdepan dengan sel kanser. Ia menggunakan dua kaedah yang berlainan untuk membunuh sel-sel kanser. 



Terapi metabolik B17 melibatkan diet yang ketat (sesuai untuk semua rawatan kanser) dan tambahan beberapa pemakanan yang sihat yang lain.
Kapsul aprikot merupakan sebuah alternatif begi pengidap penyakit maut ini. Biji aprikot yang digunakan dalam kapsul ini merupakan Biji aprikot khusus yang digunakan untuk merawat kanser.



Biji aprikot yang digunakan telah melalui proses Nyah-aflantoksin ( sterile ) selama 30 min tanpa menjejaskan khasiat yang ada didalam biji aprikot ini.

Siapa perlukan B17 Apricot  Seeds?

  • 1.Sangat sesuai bagi pesakit yang telah menjalani kimoterapi
  • 2. Pesakit kanser kronik dan biasa.
  • 3. Pesakit Kanser yang tidak berupaya memakan biji Apricot kerana pahit.
  • 4. Pesakit kanser yang sudah tua.
  • 5. Orang awam yang cintakan kesihatan dan ingin memelihara kesihatan dari di hidapi kanser.
*** Kapsul apricot Seeds sangat sesuai untuk pesakit kanser kerana ia tidak menggangu nafsu/selera makan pesakit kanser.

*** JANGAN PANDANG REMEH ! Selera makan sangat penting kepada pesakit kanser kerana ramai yang menderita dan jadi lebih lemah kerana tiada selera makan. Maka, pengambilan kapsul amat-amat membantu!!!







Apa fungsi Kapsul B17?


1. Mengurangkan kerosakan organ akibat Kanser

2. Memperbaiki Kerosakan sel akibat chemotherapy.

3. Mengurangkan kesakitan akibat kanser.

4. Menambah tenaga

5. Menambah jumlah oksigen dalam darah

6. Mengekalkan paras Alkali dalam badan

7. Membunuh sel kanser.

8. Mengecutkan bengkak akibat sel kanser.

Produk Kualiti Antarabangsa. Harga Normal :
300pcs RM198 (66 sen)
150pcs RM128 (78sen)
120pcs RM108 (90sen)
60pcs RM58 

(96sen)

*harga telah termasuk penghantaran RM10

Inginkan special offer? Call/SMS kami segera !!!





Keterangan lanjut & order produk-produk B17 dgn harga istimewa :
Hubungi Hjh Noorliah 016-733 7380
Email : MakanSutraTraders@gmail.com





Pertumbuhan Sel Yang Normal


Kanser terjadi hasil dari pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, lymph dan darah yang tidak terkawal. Ia sangat merbahaya bukan kerana ia boleh menjangkiti orang lain, tetapi ia lambat laun akan membunuh mangsanya.  Kanser merupakan salah satu dari punca utama kematian manusia.


Pertumbuhan sel yang normal

Di dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis tisu seperti kulit, paru-paru, hati, limpa dan yang lain. Tisu-tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel yang teratur dan terkawal, dengan setiap tisu mempunyai struktur sel yang tersendiri. Rupa bentuk setiap sel berbeza dari satu organ ke satu organ yang lain.

Sel-sel ini akan mati dan diganti melalui proses pembahagian sel. Proses ini dikawal begitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara semulajadi. Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan sel yang telah mati. Jika berlaku luka, penghasilan sel akan meningkat sehingga luka itu sembuh dan pembahagian sel menjadi kembali seperti biasa selepas itu

Thursday, March 1, 2012

8 Pembunuh Ereksi Lelaki






1. Tekanan Perasaan
Minda selalu menjadi zon erogenous yang dilepas pandang. Keseronokan seksual bermula dari minda barulah ke bawah. Tekanan perasaan boleh menekan keinginan anda dan boleh membawa kepada disfungsi erektil. Secara ironiknya, banyak juga ubat-ubat digunakan untuk merawat tekanan perasaan mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan keinginan seks anda berkurangan dan sukar untuk mendapat ereksi.
2. Minuman Alkohol
Minuman alkohol secara berterusan mampu mengganggu proses ereksi anda walaupun kesannya hanya sementara.
3. Ubat-ubatan
Beberapa ubat yang biasa digunakan boleh menyebabkan disfungsi erektil. Antaranya adalah ubat darah tinggi, ubat tahan sakit, dan juga anti-depresan. Ubat jalanan seperti amphetamins, kokain dan marijuana juga memberikan masalah seksual.
4. Stres
Ia bukanlah mudah untuk mencapai mood seksual sekiranya anda dibebankan dengan pelbagai kerja dan masalah. Stres boleh melibatkan pelbagai sistem badan termasuklah penis anda. Lakukan perubahan dalam hidup anda dengan sentiasa bersenam, mengamalkan teknik relaksasi, cukup tidur dan berjumpa dengan pakar jika perlu.
5. Marah
Kemarahan menyebabkan aliran darah berkumpul di muka anda tetapi tidak ditempat yang anda perlukan untuk seks. Tambahan, bukannya mudah untuk romantik dalam keadaan anda marah. Walaupun anda memendam kemarahan anda ia juga tidak membantu di dalam aktiviti seksual rumah tangga seharian.
6. Gelisah, bimbang dan risau.
Bimbang tidak dapat melakukan aksi terbaik ketika di ranjang sahaja sudah cukup membunuh ereksi anda. Perasaan risau itu hanya membuatkan anda merasa takut dan mula mengelakkan hubungan intim dengan pasangan. Ia tidak hanya melibatkan aktiviti seksual tetapi ia juga boleh mengganggu perhubungan dengan pasangan anda.
7. Obesiti
Obes juga boleh memberi impak terhadap prestasi seksual anda. Bukan sahaja mengurangkan keyakinan diri, ia juga kurang menghasilkan hormon testosteron, hormon seks anda. Obesiti juga boleh dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang lain di mana, arteri yang disalurkan ke penis anda mengeras menyebabkan kurangnya aliran darah ke penis untuk mencapai ereksi.

8. Penyakit
Banyak keadaan penyakit yang memberi kesan kepada otot penis, saraf, aliran darah yang diperlukan untuk mencapai ereksi.
Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Ereksi
Mungkin anda segan untuk berjumpa dengan doktor menceritakan perihal kehidupan seksual anda. Tetapi ia adalah cara terbaik untuk merawat masalah tersebut untuk mencapai keintiman dengan pasangan anda. Doktor anda boleh mengenalpasti apakah punca-punca masalah ereksi dan memberikan solusi kepada anda seperti berhenti merokok, minum alkohol dan juga mengurangkan berat badan. Rawatan lain juga dapat diberikan seperti -ubat-ubatan, rawatan hormon dan juga kaunseling.

 Sumber petikan daripada : http://psipum.org/8-pembunuh-ereksi-lelaki/