Wednesday, January 18, 2012

Apakah yang menyebabkan masalah ini?




Lapan (8) daripada sepuluh (10) kes yang berlaku adalah kerana prostat menjadi bengkak.
Prostat yang bengkak ini menekan uretra. Masalah ini dikenali sebagai benign prostatic
hyperplasia (BPH) dan ia disebabkan oleh perubahan hormon di dalam prostat. Masalah
ini dialami oleh hampir separuh daripada lelaki yang berumur 50 tahun ke atas dan ia
tidak menyebabkan kanser.
Ada kalanya prostat menjadi bengkak disebabkan oleh jangkitan yang dikenali sebagai
prostatitis yang mempunyai simptom yang sama dengan BPH. Masalah ini selalunya
dialami oleh lelaki yang lebih muda.
Kurang daripada  seorang dalam sepuluh lelaki yang mempunyai masalah prostat akan
mendapat  kanser prostat.
Perlu diingat- kebanyakan masalah prostat bukanlah  kanser , dan kebanyakannya boleh
dirawat.

No comments:

Post a Comment