Masalah
prostat adalah biasa bagi lelaki apabila umur mereka meningkat (50 tahun ke
atas).
Anda
mungkin mengalami masalah semasa kencing. Anda mungkin mengalami beberapa
atau
semua perubahan yang berikut:
- · Sukar untuk mengeluarkan air kencing terutamanya dalam keadaan terkejar-kejar.
- · Sukar untuk menghentikan aliran air kencing.
- · Mengambil masa kerana aliran air kencing lemah atau sering terhenti.
- · Air kencing masih menitis walaupun sudah selesai membuangnya.
- · Sering berasa hendak kencing diwaktu siang .
- · Sering bangun malam untuk kencing.
- · Sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa apabila hendak kencing.
- · Berasa tidak puas kencing.
- · Sakit atau pedih semasa kencing.
- · Kadang-kadang ada darah didalam air kencing. Keadaan ini memerlukan pemeriksaan doktor.
No comments:
Post a Comment