![]() |
| Sel Kanser |
Sel kanser bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan untuk mencetus ketumbuhan kanser . Proses perubahan dari sel normal menjadi sel kanser berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal.
Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah kanser terjadi. Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti kanser pangkal rahim, perubahan ini boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.

No comments:
Post a Comment