Kajian
baru menunjukkan lelaki yang minum kopi dengan kerap mempunyai risiko yang
rendah untuk mendapat kanser kelenjar prostat.
“Setelah melihat semua data pada
pesakit kanser prostat. Lelaki yang minum kopi paling kerap mempunyai peluang
20% lebih rendah daripada lelaki yang tidak kerap minum kopi setelah tindakan
susulan dilakukan” kata pengkaji Lorelei Mucci, ScD, MPH profesor madya dalam
bidang epidemiologi di Harvard
School of Public Health.
20% kurang risiko adalah di kalangan
lelaki yang minum kopi sebanyak 6 cawan sehari berbanding lelaki yang tidak
minum kopi dalam sehari.
Kopi menjadi pelindung ketara kepada kanser prostat yang boleh membawa kepada kematian. Di kalangan lelaki yang
meminum kopi 3 cawan sehari risiko kanser prostat yang membunuh berkurang 29%
dibandingkan dengan bukan peminum kopi. Dan lelaki yang minum 6 cawan atau
lebih sehari, peratus risiko untuk mendapat kanser prostat berkurang sebanyak
60%.
Dan apa yang mengejutkan, bahan
kafein di dalam kopi bukanlah yang menyebabkan risiko kanser prostat itu
menurun.
Kajian ini diterbitkan secara online
di Journal of
the National Cancer Institute.
Kajian lain juga menunjukkan kopi bukan
sahaja mengurangkan risiko kanser prostat, tetapi juga penyakit diabetes
jenis 2, parkinson, batu hempedu dan juga kanser hati.
Profesor Madya Muci dan
rakan-rakannya melakukan kajian susulan terhadap 47,911 menyertai kajian ini.
Dari tahun 1986 hingga tahun 2006,
seramai 5,035 lelaki telah didiagnos mempunyai penyakit
kanser prostat. Ini
termasuk seramai 642 orang lelaki yang telah didiagnos mempunyai penyakit kanser prostat tahap akhir.
Mereka melihat terdapat perkaitan
antara kopi dan juga kanser prostat. Mereka juga melibatkan faktor risiko lain
seperti obesiti dan juga merokok.
“Kami masih lagi tidak pasti apakah
mekanisma yang melibatkan kopi dan juga kanser prostate” kata profesor Madya
Mucci pada WebMd.
Ia mungkin disebabkan terdapat bahan
yang mengawal rembesan hormon insulin, hormon yang bertanggungjawab mengawal
kandungan gula di dalam darah. Kadar insulin yang tinggi dalam darah antara
kajian awal punca penyebab kepada kanser prostat.
Walaubagaimanapun pendapat ini masih
terlalu awal untuk untuk memberitahu mereka yang kopi ini boleh
merendahkan risiko kanser prostat.
Kajian demi kajian harus dilakukan untuk melihat kelebihan kopi ini terhadap manusia. Sekiranya kita dahulu mengatakan kopi ini banyak keburukan. Kemungkinan kajian ini memberi sedikit impak yang berbeza terhadap pandangan tersebut.
Kajian demi kajian harus dilakukan untuk melihat kelebihan kopi ini terhadap manusia. Sekiranya kita dahulu mengatakan kopi ini banyak keburukan. Kemungkinan kajian ini memberi sedikit impak yang berbeza terhadap pandangan tersebut.
Sumber petikan daripada : http://psipum.org/kopi-merendahkan-risiko-kanser-kalenjar-prostat/

No comments:
Post a Comment